Sabtu, 29 April 2017

Mancing Pantai Penanjong 28 April 2017

Ikan banglos 12kg, bekalang 5kg berjaya dinaikan oleh Bro Ameng di Pantai Penanjong bersama saudaranya Bro Penn. Mantap bro dengan hasil tangkapannya. Disini dikongsikan snapshots aktibiti SC kemarin.

Ahad, 16 April 2017

Mini Game Tanjong Batu 16 April 2017

GT Hunter Tanjong Batu Mini Game 2017, yang bermula dari jam 07:30 pagi hingga 15:30 petang. Game ini telah di sertai lebih 50 orang peminat kaki pancing surf tempatan dan dari negara jiran Sabah (Bro EE).
Bro Kadafi GPF man of the match bagi ikan terberat pada game hari ini. Disini dikongsikan snapshots dari Bro Jeff semasa game diadakan.
Tujuan mini game ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan persediaan bagi pertandingan yang akan diadakan di luar negara nanti.
Mantap, tahniah pada penganjur & peminat-peminat kaki pancing surf yang turut menjayakan game ini.

Isnin, 10 April 2017

Annual Fishing Tournament MPR Fishing Pond 9 April 2017

Bro Aziz tersenyum lebar setelah menjadi juara pertandingan memancing kemarin pagi.
Dengan masa yang sangat terhad selama 1 jam kata Bro Aziz rasa 'terkakai-kakai' mengilat gewang-gewang keramatnya, tidak di sangka ikan barra tangkapnya tersenarai tangkapan yang terberat pada pertandingan ini.
Tahniah kepada peminat-peminat kaki pancing yang telah menyertai pertandingan memancing kolam. Tahniah Bro Aziz mantap!!!

Isnin, 3 April 2017

Personaliti GPF Bulan April 2017

Berkarisma, innovative adalah perwatakan personaliti kaki pancing pada bulan ini ialah Bro Kadaffi atau Daffi.
Dengan minat beliau pada sukan memancing yang mendalam khususnya pada pancing pantai atau surf casting, tidak menjadi asing namanya dikalangan kaki-kaki pancing tempatan serta dari negara jiran. Dimana beliau sering kali tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan cabaran memancing di Sabah, WP Labuan, Sarawak & Brunei Darussalam. Beliau pernah menjadi juara & tersenarai teratas di dalam pertandingan-pertandingan yang disertainya.
Disini dipaparkan gambar-gambar pencapaian & kenangan beliau pada tahun 2016 hingga 2017.

Cabaran Joran Dataran Dermaga Diraja 2 April 2017

Lebih 260 peminat kaki pancing turun menyertai Cabaran Joran anjuran MPK RPN Kg Panchor Mengkubau & Capt Fred's Fishing Supply di ibu negara Brunei Darussalam.
Bro Zaki, Hj Agai, saya & isteri juga tidak melepaskan peluang memancing sambil bersantai sempena Bandarku Ceria.
Pertandingan bermula dari jam 7 pagi hingga 11 pagi.
Dengan cuaca yang cerah dengan tambahan ramai pengunjung bersama keluarga datang menyaksikan cabaran ini menambah suasana ceria.
Di kesempatan ini kaki-kaki pancing dapat menambah kenalan baru, berkongsi cerita & pengalaman memancing mereka.
Hon penamat di bunyikan tepat ikan terakhir saya naikan janji tidak kumpau bedarah.
Tahniah di ucapkan kepada penganjur dan peserta kaki pancing sama-sama menjayakan acara ini. Mantap & tahniah..