...............................................

...............................................

Isnin, 2 Mei 2016

Mancing Bintulu Waterfront Promenade 1 May 2016

Team Kejura Surfcasters turun ke Bintulu bagi menyertai pertandingan memancing di kawasan waterfront.
Perjalanan 363Km melalui darat lebih kurang selama 5 jam dari Brunei Darussalam, Miri & Bintulu. Dengan singgah di Miri bagi solat & mengisi tangki perut.
Aktibiti malam di Bintulu dengan mengisi tangki perut, membuat persiapan akhir bagi pertandingan paginya & merehatkan badan.
Pertandingan ini disertai lebih 200 orang pemancing dari Bintulu, Miri, Brunei & Sabah. Pertandingan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dengan cuaca panas terik & hujan lebat disebelah petang.
Tahniah diucapkan kepada Team Kejura Surfcasters dengan semangatnya yang tinggi turut sertai menyertai pertandingan ini walaupun dengan perjalanan yang jauh dengan Bro Azman (clorox_50sen) menjadi jurupandu (first recce) peserta-peserta dari Team Kejura Surfcasters selamat sampai & balik ke Brunei Darussalam.
Tahniah kepada peserta tunggal dari Brunei Darussalam, Bro Arman dengan berjaya hooked up ikan pari & berjaya meraih hadiah wang tunai & hamper peralatan mancing.
Disini adalah gambar-gambar kenangan di Bintulu.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.