...............................................

...............................................

Ahad, 10 September 2017

Mini Fun Surf Fishing Tournament 10 September 2017

Lebih 66 orang peminat dan kaki pancing pantai tempatan dan Singapura telah menyertai Mini Fun Surf Fishing Tournament. Yang telah berlansung di kawasan pantai berhadapan dengan KELAB REKREASI LIANG LUMUT MKLLRC.
Pertarungan pancing pantai bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tenghari pada hujung minggu tadi.
Walaupun cuaca mendung tetapi semangat semua peserta tetap tegar menggunakan berbagai peralatan pancing pantai, teknik-teknik pancing pantai serta umpan untuk menarik serta menaikan ikan terberat bagi mendapat hadiah-hadiah yang menarik disediakan oleh penganjur.
Setinggi tahniah diucapkan kepada penganjur yang telah mengadakan pertandingan yang berjaya menarik serta mengumpulkan peminat dan kaki pancing pantai berkumpul. Dengan sambutan yang sangat mengalakan dari peminat seta kaki pancing pantai tempatan tidak dilepaskan dengan berkenalan dan mengeratkan saliturahim.
Maklum balas positif dari peserta-peserta mengatakan suasana serta aura pertandingan pagi tadi setanding dengan pertandingan-pertandingan yang pernah mereka sertai di luar negara.
Tahniah kepada juara dan yang mendapat hadiah pada tenghari tadi. Terutama sekali Master Jali berjaya dengan naib juara serta mendapat ranking, Sifu Bazz, Bro Krol, Bro Hj Kimi, Bro Ameng yang berjaya mendaratkan ikan.Tahniah juga diucapkan kepada peminat serta kaki pancing pantai dengan semangat serta yang memeriahkan pertandingan pada kali ini, walaupun hujan turun semasa penyampaian hadiah.

Disini dikongsikan snapshots semasa pertandingan pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.