...............................................

...............................................

Ahad, 10 September 2017

Personaliti KSC Bulan September 2017

Ikan pari berat lebih kurang 17kg menjadi hadiah kenangan paling manis bagi Bro Khai aka Khairuzzaman. Setelah lebih setahun menjelajah lokasi-lokasi memancing di Brunei Darussalam bersama Kejura SC, Geng Pancing Fanatic, Kulapis Anglers, ASCG dan saudara Bro Juki.
Tahniah diucapkan kepada beliau disini kitanie nampak minat mendalamnya beliau dengan aktibiti pancing pantai bermula dari negera kelahirannya Singapura.
Beliau meneruskan minatnya di Brunei Darussalam dengan mengkongsikan pengalaman-pengalaman, menunjuk cara teknik-teknik baru dan peralatan surf casting multiplier reel kepada peminat serta kaki pancing tempatan.
Setahun lebih beliau telah banyak mengumpul kenalan-kenalan baru sehingga membuatkan beliau seperti tidak asing bagai saudara sendiri. Dengan lawak serta kemesraan beliau, sememangnya akan dirindui, ini kerana beliau insyallah akan kembali ke tanahairnya bagi meneruskan tugasannya disana.
Di doakan Bro Khai sentiasa sihat walafiat, bahagia dengan keluarga tercinta. Amin, all the best Bro Khai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.