...............................................

...............................................

Sabtu, 21 November 2020

Mancing Kg Bukok 19 November 2020

Walaupun cuaca malam minggu tidak mengizinkan, akan tetapi sesi memancing tetap diteruskan. Santai bersama keluarga, merehatkan badan serta minda sambil BBQ mengisi acara malam. Alhamduillah, pertama kali menginap di Pondok Sapat, yang disewa lengkap dengan kemudahan asas serta tahap kebersihan yang tinggi. Bagi kaki pancing ini adalah hotel 5 bintang.


Ruang tidur berhawa dingin, 2 set double bed, tv astro, kursi santai, almari pakaian yang best ada extra tilam serta bantal dan selimut.

Bilik mandi dengan air panas, mesin pencuci pakaian dan rack jemuran.
 



Ruang dapur dengan peralatan dapur gas, peti sejuk, water dispenser hot and cold, sudu, garpu, pinggan mangkuk dan kursi meja makan. 






Ruang veranda tempat memancing mengadap ke Sungai Pandaruan dilengkapi stand bagi kemudahan pemancing, BBQ stand, sink mencuci tangan dan kursi meja makan extra cukup untuk keramaian 10 orang.

Insyallah akan datang lagi ke Pondok-Pondok Memancing MPK Belais dan Buda-Buda.

Selasa, 13 Oktober 2020

Mancing Pantai Meragang 9 & 11 October 2020

 Dikongsikan video clips ikan-ikan yang berjaya di daratkan surfcasters dari Brunei Darussalam. Ikuti dan subscribe & like YouTube Dimana Mau Mancing, terima kasih diatas sokongan semua. Mantap!



Isnin, 5 Oktober 2020

Mancing Kg Luagan Dudok 4 October 2020

 Kemarin turun memancing di kolam, syukur dapat menaikkan ikan tilapia dan midas. Lama rasanya tidak turun memancing.


Jumaat, 31 Januari 2020

Mancing Pantai Berakas 31 January 2020


Bro Om pagi ini turun mancing di pantai. Alhamduillah rezeki dapat menaikkan ikan, mantap. Terima kasih dengan mengkongsikan snapshot nya.

Isnin, 28 Oktober 2019

Pertandingan Memancing Ikan Kampung Punang, Lawas 27 Oktober 2019

Seramai 151 peminat kaki pancing dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari mencuba nasib dalam pertandingan memancing di Kampung Punang. Penyertaaan adalah dari Brunei Darussalam, WP Labuan, KK, Limbang, Miri dan Lawas.










Juara pertandingan ini telah menerima wang tunai setelah berjaya menaikkan ikan terberat melebihi 300gm. Tahniah diucapkan kepada Masta Ameng menjadi juara semasa pertandingan, Masta Jali dan Masta Walid berjaya mendapat hadiah cabutan nombor bertuah.
Disini dikongsikan snapshots semasa pertandingan kemarin yang telah disumbangkan oleh Masta Ameng, terima kasih dan Mantap!








Isnin, 8 Julai 2019

Mancing Kg Luagan Dudok 7 July 2019

Misi hunting dalak secara solo bermula dari tenghari hingga ke senja minggu kemarin. Walaupun telah 3 tahun tidak memancing ikan darat akhirnya misi kali ini berjaya menaikkan 5 ekor ikan dalak/haruan. Gembira rasanya merasa tarikan ikan walaupun hari panas terik. Disini saya kongsikan snapshots hasil tangkapan kemarin.



Selasa, 25 Jun 2019

Mancing Kuala Tutong 24 June 2019

Sifu Pindy bersama Sifu Juki & Sifu Yus pada Isnin kemarin berjaya naikkan ikan selunsung 6.6kg Kuala Tutong yang terkenal dengan kekuatan dan ukurannya. Mantap & terima kasih mengkongsikan snapshots serta cerita.