Walaupun cuaca malam minggu tidak mengizinkan, akan tetapi sesi memancing tetap diteruskan. Santai bersama keluarga, merehatkan badan serta minda sambil BBQ mengisi acara malam. Alhamduillah, pertama kali menginap di Pondok Sapat, yang disewa lengkap dengan kemudahan asas serta tahap kebersihan yang tinggi. Bagi kaki pancing ini adalah hotel 5 bintang.
Ruang tidur berhawa dingin, 2 set double bed, tv astro, kursi santai, almari pakaian yang best ada extra tilam serta bantal dan selimut.
Bilik mandi dengan air panas, mesin pencuci pakaian dan rack jemuran.
Ruang dapur dengan peralatan dapur gas, peti sejuk, water dispenser hot and cold, sudu, garpu, pinggan mangkuk dan kursi meja makan.
Insyallah akan datang lagi ke Pondok-Pondok Memancing MPK Belais dan Buda-Buda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.