Pertama kali menyertai karnival ini memberi pengalaman tambahan bagi menghadapi karnival cabaran memancing di masa akan datang. Ramai perserta lebih kurang 5 ribu, serta dengan kolam yang terhad menambah cabaran pada hari karnival bermula dari 0800 pagi hingga berakhir pada 1500 petang. Cuaca hujan ribut juga menjadi tambahan cabaran pada hari tersebut.
Permasalahan logistik yang tidak diduga seperti dapur memasak yang bocor. Kefahaman dan persiapan jenis umpan yang terhad juga menjadi cabaran yang tinggi bagi kami semua.
Apa pun keputusan pada cabaran ini kami bersyukur perjalanan menuju dan kembali di dalam keadaan selamat kira-kira 1730 petang. Melalui Keningau, Tenom, Sindumin, Lawas, Trusan, Temburong, Limbang dan Kuala Lurah. Kami semua gembira dengan layanan serta bantuan dari Team Sabah. Terima Kasih Semuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.