...............................................

...............................................

Isnin, 4 April 2016

Mancing Pantai Pimping Binsulok 3 April 2016

Pada 2 April 2016, tiga buah rombongan Team Kejura turun ke Binsulok Sabah bagi menyertai pertandingan memancing pantai.
Perjalanan walaupun pada waktu lewat petang dengan hujan lebat di sempadan Limbang - Temburong. Jerebu tebal di perjalanan Sindumin hingga ke Beaufort juga mengurangkan jarak penglihatan pada waktu malam.
Dua rombongan bertolak lewat petang sempat singgah mengisi perut di gerai Sate Siga-Siga Sepitang. Kedua rombongan dijemput oleh geng pancing Izzat (Sepitang). Rombongan terakhir dengan selamat sampai ke resort penginapan kira-kira lewat12 malam.
Awal subuh 3 April 2016, semua pemancing bersiap-siap bagi memacak dan menyiapkan peralatan memancing pantai.
Pertandingan memancing bermula tepat jam 8 pagi di kawasan pertandingan Pantai Pimping sepanjang 1 km lebih. Lebih 400 orang pemancing menyertai pertandingan ini, disertai oleh pemancing-pemancing dari Sabah, Labuan, Brunei Darussalam dan Semenanjung Malaysia.
Tamatnya pertandingan tepat pada 1 tengahari. Wakil dari Brunei Darussalam, Ariffin (Pin Zorro) telah menduduki tempat ke 9 dengan ikan pari seberat 3kg lebih. Tahniah diucapkan mantap....Team Kejura. Walaupun ada yang berjaya menaikan ikan tetapi tidak tersenarai bagi menduduki tempat.
Terima kasih diucapkan kepada geng pancing dari Sabah (Sufian, Izzat, Joranlee, Zulth3003) dengan bantuan penyelarasan logistik penginapan, tempat persinggahan rehat, juru pandu ke lokasi pertandingan dan layanan taraf 5 bintang bagi pemancing-pemancing dari Brunei Darussalam.
Tahniah kepada semua Team Kejura dengan semangat juang dan teamwork (Pit, Bio & Eggi) di saat-saat Pin Zorro strike hingga ikan pari berjaya di naikan ke pantai. Semua pemancing dari Team Kejura hingga ke masa penamat tetap berusaha keras, hanya belum rezeki dan bersiap-siap sedia bagi pertandingan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.