Hari keramat bagi Surfcasters Brunei Darussalam dengan berlangsungnya Surfcasting Game di pantai pada hari minggu bermula dari jam 9 pagi hingga masa tambah 3 petang. Cuaca serta ombak laut yang mengizinkan, seramai 30 lebih peminat-peminat pancing pantai berentap bagi menaikan ikan terberat dalam game ini.
Pertandingan bertambah rancak dan sengit pada sebelah petang bila joran-joran peserta-peserta direntap kasar oleh ikan-ikan melebihi 2 kg keatas dari ikan bekalang, pari, banglus, bebatik dan banau.
Ikan banglus 20.20kg menobatkan Bro Jeff dari GT Hunter Anglers sebagai Juara Battle of The Champion, Naib Juara kepada Bro Ameng dari Kejura SC dengan ikan bekalang 5.33kg dan tempat ketiga Bro Rosman seorang peminat mancing veteran dengan ikan bebatik 5.06kg. Tahniah kepada pemenang-pemenang.
Kepada semua peserta-peserta yang telah menyertai game pada hari ini, diucapkan tahniah dengan bersemangat memancing dan setia kawan hingga masa penamat.
Video detik-detik Bro Jeff menaikan ikan banglus 20.20kg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.