Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan melawan hawa nafsu. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam.
Tujuan utama diadakan majlis ini, di rumah Bro Ariffin di Kg. Sinaut ialah untuk mengeratkan ikatan persaudaraan di antara saudara-mara, sahabat peminat pancing dari Kejura SC, Geng Pancing Fanatic, Kulapis Anglers, Deep Blue Fishing di samping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan satu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang disyariatkan di dalam Islam. Di antara adat resam orang Melayu ketika menyambut Aidilfitri adalah dengan saling bermaafan di antara satu sama lain. Ucapan yang paling sering kita dengar ketika sambutan Aidilfitri adalah ‘maaf zahir dan batin’.
Flash back tayangan video clip aktibiti-aktibiti memancing, tournament yang telah disertai di dalam dan luar negeri juga diadakan pada malam itu. Dengan hidangan kuih-muih, soto, ayam rendang dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.