...............................................

...............................................

Ahad, 4 September 2016

Miri River Mouth Fishing Competition 4 September 2016

Man of the match Bro Bazz
Bro Aliff & Bro Jali membantu menaikan ikan pari terberat



Hari ini peserta-peserta kaki pancing dari Brunei Darussalam menempah sejarah bila memenangi pertandingan dan sekaligus memecahkan rekod lama ikan terberat 13.745kg pada 8-3-15 di pertandingan yang lepas.
Peserta-peserta membuat pendaftaran penyertaan



Pertandingan kali ini disertai lebih kurang 400 orang peserta-peserta dari kawasan persekitaran Miri, Bintulu, Labuan & negara jiran.

Peserta Veteran dari Tutong, Brunei Hj Daud





Bro Jali menaikan ikan pari naib juara

Bro Bazz dengan ikan pari seberat 29.2kg menyandang juara & memecah rekod ikan terberat. Beliau membawa balik wang tunai RM$10k, RM$300, peralatan pancing & trophy.
Sementara Bro Jali dengan ikan pari seberat 17.2kg menyandang naib juara membawa balik wang tunai RM$5k & peralatan pancing.



Tahniah kepada peserta-peserta dari Brunei Darussalam dengan semangat serta kerjasama semasa pertandingan hari ini. Acara hari ini berakhir dengan sesi bergambar ramai & makan petang di sebuah kedai makan Miri. Tahniah semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.