...............................................

...............................................

Isnin, 3 April 2017

Cabaran Joran Dataran Dermaga Diraja 2 April 2017

Lebih 260 peminat kaki pancing turun menyertai Cabaran Joran anjuran MPK RPN Kg Panchor Mengkubau & Capt Fred's Fishing Supply di ibu negara Brunei Darussalam.
Bro Zaki, Hj Agai, saya & isteri juga tidak melepaskan peluang memancing sambil bersantai sempena Bandarku Ceria.
Pertandingan bermula dari jam 7 pagi hingga 11 pagi.
Dengan cuaca yang cerah dengan tambahan ramai pengunjung bersama keluarga datang menyaksikan cabaran ini menambah suasana ceria.
Di kesempatan ini kaki-kaki pancing dapat menambah kenalan baru, berkongsi cerita & pengalaman memancing mereka.
Hon penamat di bunyikan tepat ikan terakhir saya naikan janji tidak kumpau bedarah.
Tahniah di ucapkan kepada penganjur dan peserta kaki pancing sama-sama menjayakan acara ini. Mantap & tahniah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.