Mancing santai diteruskan di pagi hari minggu depan Sungai Brunei bersama Bro Om, Bro Reduan, Bro Hj Mail & saya.
Seawal 6 pagi akitibiti memancing dasar mula dengan umpan udang hidup. Walaupun air sungai kabut dari hujan semalam dengan cuaca mendung hingga ke 11 pagi. Joran-joran yang kami tahan ada yang mendapat sambaran dari ikan-ikan pemangsa sungai. Walaupun berukuran kecil & sederhana tetap memberi keceriaan serta cabaran menaikan ikan-ikan ke atas tebing waterfront yang berpagar serta tinggi. Ikan tangkapan sesi ini adalah ikan kalikitok, ikan umpak, ikan kerapu, ikan utik & ikan gelama. Disini dikongsikan snapshots & videoclip aktibiti kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.