...............................................

...............................................

Isnin, 17 Disember 2018

Pertandingan Memancing Pantai Kampung Penabai Kuala Tutong 16 December 2018

Pantai Kampung Penabai Kuala Tutong, pada pagi Ahad telah bergegar di mana menjadi medan pertarungan memancing pantai. Dekat 200 orang peminat pancing pantai tempatan dan luar negara W.P. Labuan, Kota Kinabalu, Miri dan Indonesia.
Pertandingan telah dianjurkan oleh MPK Kampung Tutong Penabai Kuala dengan mempertaruhkan hadiah-hadiah wang tunai bagi kategori berat ikan tangkapan dan ikan terpantas.
Dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, ikan terpantas didaratkan oleh peserta dari Kota Kinabalu dan ikan GT seberat 11.9kg berjaya didaratkan sebelum masa penamat oleh peserta Brunei Darussalam.
Pujian tahniah kepada semua peserta-peserta dari segi penyertaan dan semangat memancing hingga ke saat akhir pertandingan. Semasa pertandingan ini peminat pancing juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengeratkan saliturahim dan berkongsi teknik-teknik pancing pantai bersama peserta-peserta tempatan dan luar negara.
Setinggi ucapan tahniah kepada MPK Kampung Tutong Penabai Kuala, berjaya dengan acara pertandingan memancing berjalan lancar, khususnya untuk Tuan Teo Bee Tan lebih dikenali Masta Goh dikalangan peminat pancing.
Disini dikongsikan gambar-gambar serta video clip semasa acara pertandingan memancing sumbangan dari peserta-peserta. Terima kasih.






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.