...............................................

...............................................

Ahad, 4 Mac 2018

Mancing Pantai Tungku 4 March 2018

Pantai Tungku adalah lokasi misi memancing ikan mega Masta Kadafi mula dari seawal jam 0700 pagi.
Persiapan peralatan pancing pantai diguna pakai dalam misi ini adalah;
Rod Shimano Surf Leader panjang 14', reel Daiwa BG4500 & tali utama Berkley Braid 20lbs.
Cuaca cerah, ombak pantai serta air laut yang tenang cantek umpama kolam renang.
Jam 1410 petang ikan pemangsa pertama dinaikkan adalah ikan pari seberat 2.65kg. Selang 30 minit ikan pemangsa kedua berjaya dinaikkan, ikan bekalang  seberat 4.05 kg.
Secara peribadi, Master Kadafi adalah seorang pemancing yang sangat berdisiplin. Bila mana persiapan awal dari segi peralatan, aksesori, umpan, setup serta strategi sesuatu misi akan dibuat dengan teliti & teratur. Beliau juga terkenal dikalangan kaki pancing baru ataupun lama dengan suka mengkongsi teknik-teknik memancing terkini, inilah ciri-ciri seorang pemancing yang professional.
Terima kasih dengan laporan & snapshots misi minggu ini. Mantap & tahniah Masta Kadafi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.