...............................................

...............................................

Khamis, 8 Mac 2018

Mancing Water Front Pekan Tutong 7 March 2018

Musim udang sepit biru atau udang galah sudah tiba, ramai kaki pancing mula menahan joran-joran mereka di tebing sungai depan Pekan Tutong.
Begitu juga Bro Pindy, Bro Madi mencuba nasib semalam turun memancing udang sepit biru.

Dengan peralatan pancing yang serba ringkas, rod saiz kecil serta lembut pada hujungnya, mainline 10-15lbs, perambut 6-8lbs, batu ladung saiz 2-4 sungai tenang atau saiz 5-6 jika sungai berarus. Mata saiz kail udang adalah mengikut besar jenis umpan digunakan.
Terima kasih Bro Pindy dengan laporan dan snapshots rezeki udang sepit biru. Tahniah mantap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.