Team dari Brunei Darussalam terdiri dari Bro Pinn, Hj Agai & Pit. Bertolak jam 10 pagi dari Brunei Darussalam melalui Limbang, Temburong, Lawas, Sindomin, Sipitang. Seterusnya bermalam di Hotel River Park, Pekan Beaufort pada 5hb November 2016 pada jam 4 petang.
Pada kesokan harinya pada jam 5 pagi berangkat ke Kolam AP. Cuaca pada pagi itu hujan renyai-renyai. Jam 8 pagi pertandingan pun di mulakan di mana disertai lebih kurang seramai 600 lebih peserta .
Semasa pertandingan Bro Pinn telah pun berjaya mendaratkan 4 ekor ikan keli seberat 1.35 g kebawah begitu juga rakan seperjuangannya Bro Hj Agai dapat mendaratkan 4 ekor ikan keli.
Hanya satu sahaja ikan yang berjaya masuk ranking . Acara tamat pada jam 1 petang.
Tahniah kepada wakil team dari Brunei Darussalam dengan semangat yang kuat bagi menyertai pertandingan ini dan pertandingan akan datang. Mantap bros..maju terus..teruskan usaha dan keyakinan.
Disini dikongsikan snapshots pertandingan kemarin.