...............................................

...............................................
Memaparkan catatan dengan label Pantai Seri Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantai Seri Kenangan. Papar semua catatan

Ahad, 13 Ogos 2017

Mancing Pantai Pengasing & Seri Kenangan 5 August 2017

Mancing pantai di lokasi berbeza dari 10 pagi hingga ke 6 petang. Dimana Bro Lan, Aming & Pit di PSK, Bro Alif di Pantai Pengasing.

Aktibiti kali ini Bro Lan berjaya menaikan ikan bekalang & ikan pari. Bro Aming & Bro Alif dengan ikan umpak.

Disini dikongsikan snapshots dari Bro Lan.

Isnin, 31 Julai 2017

Mancing Pantai Seri Kenangan 29 July 2017

Mancing pantai santai bersama keluarga Bapa Hj Daud di dua spots yang berbeza menjadi aktibiti pada hari sabtu pagi hingga ke petang.
Wajah keriangan jelas bila joran-joran mula direntap ikan pemangsa. Ada kejadian putus perambut & mata kail rosak diasak ikan pemangsa.
Bro Ameng bersama Bro Krol, Bro Fai & Bapa Hj Daud berjaya menaikan 2 ekor ikan pari. Manakala dengan teknik umpan kembura mati, Bro Lan secara solo menaikan ikan bekalang & trevally.
Disini dikongsikan snapshots yang dikongsikan oleh Bro Ameng & Bro Lan. Mantap!

Khamis, 13 Julai 2017

Mancing Pantai Seri Kenangan 11 July 2017

Sinonim dengan nama pantainya, kira-kira jam 10 pagi joran Bro Aming direntap kasar lebih kurang setengah jam.
Ikan banglus atau haruan tasik berjaya dinaikan ke pantai. Dengan bantuan 3 orang Bangla yang kebetulan ada bersiar di pantai, walaupun mereka biasa memunggah beg simen tetapi tenaga seramai 3 orang pun tidak dapat menanai ikan mega ini. Ikan ini dianggarkan berat melebihi 50kg.
Disini dikongsikan snapshot Bro Aming mencuba sendiri menanai ikan tangkapnya. Tahniah bro.

Ahad, 15 Januari 2017

Mancing Pantai Seri Kenangan 14 January 2017

Ikan pari bintik berjaya dinaikan oleh Bro Aliff pada petang kemarin. Mantap bro, disini dikongsi snapshots tangkapannya.

Khamis, 8 September 2016

Mancing Pantai Seri Kenangan 7 September 2016

SC pantai pada waktu malam ada masa untuk merelaxkan minda dengan cuaca mendung dan angin meniup. Menambah aura geng pancing menjadi bersemangat.
Bro Juki, Sham & Krol turun menghabiskan waktu malam mereka dengan SC pantai bersama. Ikan kerapu berjaya dinaikan, tahniah Bro Sham cantek...
Lokasi : Pantai Seri Kenangan Tutong
Jenis Ikan : Kerapu
Berat Ikan : 2.85kg
Jam : 2210hrs
Main Line : Power Pro 40lb
Perambut : Awa Shima Flourocarbon 50lb
Rod : Awa Shima Top Surf
Reel : Daiwa 6000 Cross Cast
Cuaca : Mendung
Ombak : Sederhana
Jenis Umpan : Ikan Minyak-Minyak

Selasa, 15 Mac 2016

Mancing Pantai Seri Kenangan 13 Mac 2016


Ariffin turun surf casting petang hari minggu di pantai. Strike kasar selama 1 jam berjaya hooked up pari monster. Tahniah....mantap.

Isnin, 9 Mac 2015

Mancing Pantai Seri Kenangan 8 Mac 2014

Ariffin dan Roslan turun memancing di sebelah sungai. Roslan strike ikan putih tahniah.