...............................................

...............................................
Memaparkan catatan dengan label Muara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muara. Papar semua catatan

Rabu, 20 Februari 2019

Mancing Muara Putus 19 February 2019

Ikan buna@telinga gajah 2.475Kg berjaya didaratkan oleh Masta Pindy dengan perambut trilene 20lbs & umpan isi udang. Mantap Masta Pindy dengan mengkongsikan snapshot & laporan.

Jumaat, 20 April 2018

Mancing Pantai Muara 19 April 2018


Ikan taweh dekat 2kg berjaya dinaikkan oleh Bro Napi pada jam 5 petang dengan  membottom menggunakan umpan udang hidup.
Mantap tahniah Bro Napi, terima kasih Bro Juki dengan laporan serta snapshot nya.

Rabu, 11 April 2018

Mancing Muara Putus 8 April 2018

Bro Pindy meneruskan hunting ikan-ikan pemangsa di Muara Putus pada sebelah malam.


Cuaca malam yang berangin dengan arus sederhana, Bro Pindy berjaya menaikkan ikan kerapu seperti dalam snapshots yang dikongsikan. Mantap bro makin berbisa umpan serta setup pancing Bro Pindy. Ada kelapangan dapat ikut menduga tarikan ikan-ikan pemangsa Muara Putus.

Jumaat, 6 April 2018

Mancing Muara Putus 4 April 2018

Misi hunting di Muara Putus bermula dari  3 petang. Ikan mula aktiv menyambar umpan joran dalam sekitar 6 petang.
Dengan menggunakan umpan isi udang & potongan ikan basung berjaya memikat ikan ungah, ketumbang, languran & kapas-kapas.
Peralatan pancing yang digunakan adalah joran medium & heavy, keras pada hujung joran, panjang 15' & 13', mainline 20lbs & perambut 50lbs.
Mantap Bro Pindy. Terima kasih dengan mengkongsikan laporan & snapshots.

Isnin, 29 Januari 2018

Mancing Muara Putus 26 January 2018

Malam Jumaat yang lepas Bro Pindy turun hunting ikan pemangsa di kawasan bentang ombak di Muara putus.
Dengan cuaca serta arus yang mengizinkan hunting malam itu berjaya menaikan ikan-ikan pemangsa.
Mantap tahniah Bro Pindy terima kasih dengan cerita dan snapshotsnya.

Sabtu, 13 Mei 2017

Mancing Muara Putus 9 May 2017

Ikan bemasa 2.8 kg, lingkuh 6.2 kg, gumbir 1.7 kg, sepiee 1.1 kg menjadi hasil tangkapan memancing Bro Pindy bersama tangahnya, pada malam bulan terang.
Spot memancing yang tidak menghampakan, walaupun lelah berjalan kaki selama 15 minit.
Mantap bro, disini dikongsikan snapshots bagi membakar semangat semua peminat kaki pancing.


Isnin, 22 Ogos 2016

Mancing Muara Putus 21 August 2016

Lokasi: Muara Putus
Jenis Ikan: Berahan
Berat Ikan:2.5kg,2.2kg,1.7kg,1.1kg.
Jam: 8pm - 1am
Main line: Spectra 50lbs
Perambut : Trelen 60&80lbs
Rod: Shimano Beastmaster 
Reel: Jigging Master.
Cuaca: Bulan Terang
Ombak: Sederhana.
Umpan: Udang & Kembura
Tahniah mantap Bro Pindy & Geng Pancing..dengan hooked up ikan-ikan... Sedap masak steam nie bro...

Ahad, 26 Jun 2016

Mancing Pelabuan Muara 24 June 2016

Casting adalah aktibiti Bro Siid pada masa lapangnya. Tempat tebing pantai raba menjadi targetnya, dimana ikan-ikan pemangsa mencari makanannya dengan banyaknya anak-anak ikan bersembunyi. Mantap dengan hooked up ikan parang. Tahniah Bro.


Ahad, 8 Februari 2015

Mancing Di Hujung Batu Muara 8 February 2015


Hari ini Ariffin, Gadafi, Musawir dan Wafiy. Turun lagi memancing, tahniah Gadafi dan Ariffin berjaya menaikan ikan putih. Buat Musawir dan Wafiy teruskan perjuangan.

Ahad, 1 Februari 2015

Mancing Di Hujung Batu Muara 1 February 2015

Ariffin, Hj Mohamad, Musawir, Wafiy dan saya berjalan kaki 20 ke 30 minit menuju ke lokasi memancing di hujung batu Muara. Tengahari dengan cuaca panas dan ombak besar bukan jadi penghalang aktibiti memancing kami.
Sekumpulan ikan putih menyerang joran kami. Kejadian menyangkut sering terjadi bila ada strike. Tangkap hari ini ikan putih, kerapu dan ikan terumbu karang.

Ahad, 13 April 2014

Mancing Muara 14 April 2014

Adun sama kawan-kawan menangkap ikan best....pakai bot.