...............................................

...............................................
Memaparkan catatan dengan label Mangrove Paradise Resorts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangrove Paradise Resorts. Papar semua catatan

Isnin, 19 Februari 2018

Mancing Mangrove Paradise Resorts 10 February 2018

Mancing santai bersama keluarga adalah aktibiti riadah yang sangat menyeronokan. Kegembiraan nampak bila Bro Ronnie dan anaknya Adam berjaya menaikan ikan. Ini akan menjadi kenangan yang manis tersimpan dalam snapshots yang dikongsikan oleh Bro Ronnie.
Tahniah kepada ayah & anak mantap teruskan dengan aktibiti mancing santai bersama keluarga.

Isnin, 10 April 2017

Annual Fishing Tournament MPR Fishing Pond 9 April 2017

Bro Aziz tersenyum lebar setelah menjadi juara pertandingan memancing kemarin pagi.
Dengan masa yang sangat terhad selama 1 jam kata Bro Aziz rasa 'terkakai-kakai' mengilat gewang-gewang keramatnya, tidak di sangka ikan barra tangkapnya tersenarai tangkapan yang terberat pada pertandingan ini.
Tahniah kepada peminat-peminat kaki pancing yang telah menyertai pertandingan memancing kolam. Tahniah Bro Aziz mantap!!!

Rabu, 28 Disember 2016

Mangrove Paradise Resorts Fishing Pond 27 December 2016


Lewat petang kemarin saya bersama isteri telah mengunjungi Kolam Memancing Mangrove Paradise Resorts di jalan Kota Batu.

Kami telah disambut mesra diberikan penerangan infomatif & ringkas tentang peraturan serta kemudahan yang terdapat disini.

Kolam air masin ini bakal dapat menyediakan kepuasan kepada peminat kaki-kaki pancing merasakan tarikan strike game fish air masin yang sentiasa menantikan sambaran umpan ataupun gewang mereka nanti.
Kadar bayaran pendaftaran masuk, penyewaan dan timbangan berat ikan yang diperolehi adalah berpatutan dengan promosi semasa ke semasa diiklankan oleh pihak pengurus kolam disini.

Disini tersedia dengan kemudahan kedai pancing mini, penyewaan joran pancing, umpan memancing, pemandu pancing, tandas, khemah, kursi, letak kereta dan kafe ditingkat atas bangunan pendaftaran. Juga tambahan bagi keselesaan para pengunjung kemudahan jalan kaki ditepi kolam masih didalam pembinaan.Tanda-tanda peringatan keselamatan juga dipamirkan dan kawasan sekeling kolam dipasang pagar keselamatan.

 
 

Dari pemandangan kafe tingkat atas saya telah menyaksikan kemeriahan kaki-kaki pancing menarik sambaran ikan-ikan air masin.
Dimana lokasi eco tourism tempatan ini dianggap berjaya dan sesuai untuk semua peringkat umur merasakan keseronokan memancing, tidak terhad kepada kaki-kaki pancing sahaja.
Package ini sangat sesuai bagi bersantai sambil memancing bersama keluarga ataupun berkumpulan sesama kaki-kaki pancing luar dan dalam negeri.
 
 
Menu minum petang juga ada dijual di kafe tingkat atasdengan kemudahan ini para pengunjung juga dapat berehat santai dengan aura alam sekitar yang tenang.
 Adalah disyorkan kepada semua kaki-kaki pancing yang ingin merasakan tarikan game fish air masin, cubalah berkunjung ke kolam air masin Mangrove Paradise Resorts pada waktu beropersi yang telah ditetapkan.

Jumaat, 23 Disember 2016

Mancing Mangrove Paradise Resort Brunei 22-23 December 2016

Bersantai sambil memancing menjadi pilihan saya bersama isteri pada kali ini.
Dengan chalet menghadap Sungai Brunei dengan deretan perumahan Kg Sungai Bunga.
Resorts ini mempunyai restaurant, spa, kolam renang, surau dan tempat penginapan yang lengkap bagi mengisi masa untuk bersantai.
Disini dikongsikan aktibiti selama 2 hari disana.