Setelah lebih 1 jam, Masta Hj Madi, Masta Bazz, Masta Hj Kimi bertarung menahan asakan akhirnya ikan GT seberat 14.92 kg berjaya didaratkan di Pantai Meragang pagi kemarin.
Peralatan yang telah digunakan Masta Hj Kimi adalah Rod Vengence, Spool Arelex 10k, perambut DuPont 25lbs dan umpan ikan kembura segar.
Tahniah semua, Terima kasih Masta Hj Kimi dengan mengkongsikan cerita dan tahniah juga Masta Sufi dengan liputan live di FB nya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2207408479293918&id=100000743621141
السلام عليكم dan Salam Sejahtera. Brunei Fishing Blog, Blog Memancing Brunei dengan gambar-gambar kenangan bersama keluarga dan teman-teman peminat aktibiti memancing di lokasi-lokasi Brunei Darussalam dan Negara Jiran.
...............................................
Rabu, 21 November 2018
Mancing Pantai Meragang 20 November 2018
Khamis, 11 Oktober 2018
Mancing Pantai Laut Penanjong 7 October 2018
Masta Zaki pada Ahad lepas telah berjaya menaikkan ikan alu-alu.
Lama sudah tidak turun memancing di laut, akhirnya rasa rindukan tarikan ikan telah terubat.
Mantap & terima kasih dengan mengkongsikan cerita serta snapshots nya.
Isnin, 23 Julai 2018
Mancing Sungai Brunei 22 July 2018
Hari minggu kemarin aktibiti memancing sambil bersantai menikmati pemandangan persikitaran Bandar Seri Begawan & Kampung Ayer.
Sini dikongsikan snapshots yang dikongsikan Bro Om semasa memancing santai bersama geng kaki pancing. Mantap bro semua.
Ahad, 6 Mei 2018
Mancing Pantai Serasa 6 May 2018
Petang hari minggu Bro Herman turun mancing santai bersama keluarga di Pantai Serasa.
Mantap Bro Herman terima kasih mengkongsikan snapshots dan ceritanya.
Ahad, 29 April 2018
Mancing Sungai Brunei 27 April 2018
Hasil tangkapan adalah ikan sebilang, kitang, gelama, berahan dan senangin.
Disini dikongsikan snapshots dikongsikan oleh Bro Om.
Ahad, 22 April 2018
Mancing Sungai Brunei 22 April 2018
Joran-joran mula mendapat sambaran ikan-ikan disebelah tengahari bila air sungai pasang penuh.
Walaupun sempat kejadian ikan kurau dari Bro Mujip terlepas dari mata kail semasa menaikkan keatas tebing sungai, belum lagi rezeki. Aktiviti memancing telah disertai Bro Om, Bro Mail, Bro Mujip, Bro Damit & Bro Hj Muhamad. Disini dikongsikan snapshots nya. Mantap.
Sabtu, 21 April 2018
Mancing Sungai Brunei 20 April 2018
Dengan setup memancing dasar, joran sederhana panjang 4' - 8', mata kail saiz 8, mainline 10lbs, perambut 20lbs dengan batu ladung saiz 1 atau 2.
Menggunakan umpan udang hidup saiz 10 dan isi udang segar. Tangkapan pagi kemarin adalah ikan languran, kerapu, bilis, gelama, berahan dan bedukang.
Disini dikongsikan snapshots aktiviti memancing.
Ahad, 15 April 2018
Mancing Sungai Brunei 14 April 2018
Walaupun air surut dengan sungai berarus, cuaca cerah kami berjaya menaikkan ikan kalikitok/languran, ikan tuka-tuka, ikan berahan, ikan gelama, ikan umpak dan ikan usus.
Disini dikongsikan snapshots aktiviti mancing santai. Walapun panas terik tapi kami enjoy mantap semua.
Rabu, 11 April 2018
Mancing Muara Putus 8 April 2018
Cuaca malam yang berangin dengan arus sederhana, Bro Pindy berjaya menaikkan ikan kerapu seperti dalam snapshots yang dikongsikan. Mantap bro makin berbisa umpan serta setup pancing Bro Pindy. Ada kelapangan dapat ikut menduga tarikan ikan-ikan pemangsa Muara Putus.
Ahad, 8 April 2018
Mancing Sungai Brunei 8 April 2018
Mancing Sungai Brunei 7 April 2018
Dengan joran ringan, mainline 15-20lbs, umpan udang hidup & batu size 2. Kami telah menaikkan ikan berahan, umpak, gelama & laroi.
Disini dikongsikan snapshots aktiviti kemarin.
Jumaat, 6 April 2018
Mancing Sungai Brunei 6 April 2018
Hari ini kami telah menaikan ikan languran, tuka-tuka, gelama, usus.
Disini dikongsikan snapshots & videoclip aktiviti mancing santai.





































