السلام عليكم dan Salam Sejahtera. Brunei Fishing Blog, Blog Memancing Brunei dengan gambar-gambar kenangan bersama keluarga dan teman-teman peminat aktibiti memancing di lokasi-lokasi Brunei Darussalam dan Negara Jiran.
...............................................
Rabu, 20 Februari 2019
Mancing Tanjong Batu 20 February 2019
Joran Masta Sufi telah disambar kira-kira 1215 pagi & ikan anunan anggaran 11Kg berjaya didaratkan sekitar 1240 pagi.
Tahniah & terima kasih Masta Sufi dengan mengkongsikan snapshot & laporannya. Mantap.
Rabu, 28 Mac 2018
Mancing Tanjong Batu 28 March 2018
Sekitar jam 6 pagi joran Bro Isma telah disambar ikan & berjaya menaikkan ikan bebatik.
Selasa, 27 Mac 2018
Mancing Tanjong Batu March 2018
Teruskan perjuangan serta jangan lupa keselamatan, kebersihan semasa beraktibiti. Tahniah kepada semua kaki-kaki pancing.
Rabu, 21 Mac 2018
Mancing Tanjong Batu 21 March 2018
Tahniah Bro Sufi terima kasih mengkongsikan snapshots & videoclip.
Isnin, 12 Mac 2018
Mancing Tanjong Batu 11 March 2018
Terus ke Tanjong Batu bagi meneruskan misi. Dimana Bro Sopian, Bro Juki, Bro Helmi, Bro Rashid, Bro Bob serta Bro Yus juga ada di spot dengan misi yang sama bagi menaikan ikan pemangsa mega.
Selang 2 min selepas strike ketiga, giliran rod Masta Kadafi di asak kasar dan berjaya menaikkan ikan bekalang 4.1kg.
Ahad, 8 Oktober 2017
Mancing Tanjung Batu 7-8 October 2017
Ikan pari lebih 26kg berjaya didaratkan tadi sekitar 845 pagi.
Dari jam 10 malam, Bro Kadafi, Bro Bob & Bro Juki memburu ikan pemangsa di mulai. Walaupun hujan turun dengan lebat hingga ke subuh, pejuangan tetap diteruskan.
Setelah matahari terbit, cuaca serta suhu air laut bertukar. Joran Bro Juki direntap kasar, dengan bertarung lebih 45 min hingga terasa lelah. Inilah dinamakan rezeki serta sokongan bantuan Dari Bro Kadafi & Bro Bob ikan berjaya didaratkan dengan selamat.
Tahniah mantap Bro Juki makin berbisa & terima kasih dengan laporan serta snapshots aktibiti memancing tadi.
Ahad, 16 Julai 2017
Mancing Tanjung Batu 15 July 2017
Bro Khai & bro Juki bertolak dari rumah jam 7 malam. Sejam perjalanan hujan lebat menyambut mereka bila sampai di Tanjung Batu.
Dengan semangat kuat aktibiti memancing diterus saja. Joran-joran mula ditahan dengan bekalan umpan udang hidup berukuran queen & king.
Dengan cuaca sejuk air laut mulai berubah pesta menaikan ikan manyong bermula kira-kira jam 9 malam hingga ke 1230 pagi.
Ditambah lagi semangat bila Bro Juki berjaya menaikan ikan pari pada jam 1045 malam dan ikan pari penutup bila hujan semakin lebat pesta tamat pada jam 130 pagi.
Mantap bro berdua tahniah, disini dikongsikan snapshots aktibiti semalam.
Ahad, 16 April 2017
Mini Game Tanjong Batu 16 April 2017
GT Hunter Tanjong Batu Mini Game 2017, yang bermula dari jam 07:30 pagi hingga 15:30 petang. Game ini telah di sertai lebih 50 orang peminat kaki pancing surf tempatan dan dari negara jiran Sabah (Bro EE).
Bro Kadafi GPF man of the match bagi ikan terberat pada game hari ini. Disini dikongsikan snapshots dari Bro Jeff semasa game diadakan.
Tujuan mini game ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan persediaan bagi pertandingan yang akan diadakan di luar negara nanti.
Mantap, tahniah pada penganjur & peminat-peminat kaki pancing surf yang turut menjayakan game ini.
Ahad, 26 Mac 2017
Tanjong Batu, Muara, Brunei Darussalam 26 March 2017
Tanjong Batu pada hujung minggu menjadi destinasi lokasi riadah sambil beraktibiti luar bersama keluarga.
Dengan belatar belakangkan pantai Laut Cina Selatan, Pulau Labuan kelihatan bila cuaca cerah. Track concrete ditebing pantai yang luas sesuai bagi aktibiti berlari, memancing, berbasikal.
Bersantai, bermain di pantai, berkelah yang banyak dibuat disini.
Makanan, minum, sewa basikal juga terdapat disini dan tempat letak kereta yang terhad.
Disini dikongsikan snapshots di Tanjong Batu.















