...............................................

...............................................
Memaparkan catatan dengan label Pantai Penanjong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantai Penanjong. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mac 2019

Mancing Pantai Penanjong 28 February 2019


Ikan kerapu 14kg tangkapan oleh Masta Siid Rs, inilah trophy rekod berat ikan yang jarang-jarang dapat dinaikkan oleh seorang caster yang tegar setelah sabar menahan asakan sang ikan semasa menaikkan ke darat. Sekali lagi mantap Masta Siid Rs. Disini dikongsikan snapshots sumbangan dari Masta Siid Rs.


Mancing Pantai Penanjong 24 February 2019

Dengan cuaca yang panas berangin pada hari minggu lepas Masta Ameng telah berjaya menaikkan 2 ekor pari di Pantai Penanjong. Disini dikongsikan snapshot dari Masta Ameng mantap.


Jumaat, 8 Februari 2019

Mancing Pantai Penanjong 8 February 2019

3 ekor ikan pari berjaya didaratkan oleh Masta Afiq & Masta Arif di Pantai Penanjong.
Aktiviti memancing bermula dari jam 2 pagi dengan menggunakan umpan udang hidup saiz 5 dan 8. Terima kasih Masta Afiq dengan mengkongsikan cerita & snapshots. Mantap.





Sabtu, 29 Disember 2018

Mancing Pantai Penanjong 26 December 2018

GT 17kg berjaya didaratkan oleh Masta Ameng lewat 3 petang di  Pantai Penanjong.
Dengan braided 20lbs PE 1, spinning reel Shimano Pro Surf Ikan dinaikkan dalam 20 minit.
Terima kasih Masta Ameng dengan mengkongsikan cerita dan snapshots.



Ahad, 11 November 2018

Mancing Pantai Penanjong 11 November 2018

Masta Pit sekitar 5 petang minggu ini, telah berjaya menaikkan ikan pemangsa Pantai Penanjong.
Mantap Masta terima kasih dengan snapshots & laporannya.

Khamis, 11 Oktober 2018

Mancing Pantai Penanjong 7 October 2018

Ahad lepas KSC telah mengadakan mancing santai di Pantai Penanjong.
Cuaca yang cerah dengan pantai yang kurang berombak. Beberapa ekor ikan berjaya dinaikkan. Mantap masta-masta, disini dikongsikan snapshots aktiviti mancing pantai minggu lepas. Tahniah.

Mancing Pantai Laut Penanjong 7 October 2018

Masta Zaki pada Ahad lepas telah berjaya menaikkan ikan alu-alu.
Lama sudah tidak turun memancing di laut,  akhirnya rasa rindukan tarikan ikan telah terubat.
Mantap & terima kasih dengan mengkongsikan cerita serta snapshots nya.

Isnin, 2 Julai 2018

Mancing Pantai Penanjong 1 July 2018

Cuaca hujan tidak menghalang Bro Alif menahan joran di pantai. Setelah hujan berhenti sekitar jam 9 pagi, Bro Alif berjaya mendaratkan ikan GT setelah bertarung lebih setengah jam. Di ikuti dengan mendaratkan ikan umpak dan ikan pari hingga sesi memancing selesai ke tengahari. Peralatan pancing digunakan adalah reel active cast, rod banax medusa, main line power pro 30lbs 8 sulam, perambut 25lbs & mata kail gamatkatsu saiz 18.
Tahniah Bro Alif dengan mengkongsikan cerita & snapshots. Mantap!

Isnin, 25 Jun 2018

Mancing Pantai Penanjong 23 June 2018

Mancing di Pantai Kg. Palu bersama Bro Azim dari jam 10 pagi. Pada jam 11.20 pagi ikan pari berjaya didaratkan. Tahniah dan terima kasih dengan mengkongsikan laporan dan snapshots. Mantap.

Sabtu, 26 Mei 2018

Mancing Pantai Penanjong 26 May 2018

Ikan bebatik seberat 2.5kg, 2.8kg, 3.5kg berjaya didaratkan oleh Bro Aliff dan Bro Bob dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.
Dengan menggunakan peralatan pancing joran shimano ultegra serta reel shimano arlex dengan umpan udang hidup saiz king dan queen.
Tahniah Bro Aliff terima kasih dengan mengkongsikan laporan dan snapshots nya. Mantap.

Khamis, 3 Mei 2018

Mancing Pantai Penanjong 2 May 2018

Ikan bebatik 4.2kg dan 5kg berjaya didaratkan di Pantai Pangkalan Pinang. Dengan menggunakan teknik pancing dasar dan umpan udang hidup saiz queen.
Tahniah Bro Juki dan Bro Boy. Terima kasih dengan mengkongsikan snapshots serta laporannya.

Jumaat, 20 April 2018

Mancing Pantai Penanjong 19 April 2018


Pejalanan dari rumah bermula jam 4.50 petang menuju Pantai Pengasing mengikis ikan untuk dijadikan umpan.
Jam 8 malam mula menahan joran-joran di Pantai Penanjong. Joran Bro Pit telah disambar pada jam 11.00 malam, bertarung lebih kurang 30 minit. Walaupun sempat batu ladung tersangkut dicelah batu, rezeki akhirnya ikan pari seberat 10.5kg berjaya didaratkan.
Tahniah Bro Pit, terima kasih dengan laporan dan snapshotnya. Mantap.

Isnin, 26 Mac 2018

Mancing Pantai Penanjong 26 March 2018

Strike jam 1655 petang, kira-kira baru 15 minit menahan joran dengan umpan anak ikan segar.

Ikan pari berjaya didaratkan oleh Bro Pit di Pantai Palu Penanjong pada petang tadi.
Tahniah & terima kasih dengan laporan serta snapshotnya. Mantap.

Ahad, 25 Mac 2018

Mancing Pantai Penanjong 24 March 2018

Ikan manyong 3.5kg berjaya didaratkan Bro Ameng, walaupun cuaca berangin serta air laut kabut.


Dengan peralatan pancing pantai Rod Banax Medusa Surf dan Daiwa Saltiga Blast 4500 Spinning Reel.
Mantap Bro Ameng terima kasih laporan dan snapshots.

Jumaat, 23 Mac 2018

Mancing Pantai Penanjong 22 March 2018

Ikan pari 7 kg berjaya ditumpaskan oleh Bro Pit di Pantai Palu Penanjong petang kemarin. Dengan umpan anak ikan segar.
Mantap Bro terima kasih dengan laporan & snapshotnya. Tahniah.

Ahad, 11 Februari 2018

Mancing Pantai Penanjong 11 February 2018

Pertarungan dalam 30min, ikan GT 10kg berjaya ditumpaskan oleh Bro Ameng.
Hunting petang hari minggu tadi bersama Bro Sam & Bro Penn.
Disini dikongsikan snapshots & video dari Bro Ameng. Mantap dan tahniah.












Selasa, 23 Januari 2018

Mancing Pantai Penanjong 21 January 2018

Bro Pit & Bro Ali pada tahun baru 2018, turun hunting ikan-ikan pemangsa pantai. Tangkapan pada petang minggu telah berjaya menaikan ikan pelayak & ikan pari.
Mantap gadingan sifu-sifu pancing pantai ini. Tahniah, terima kasih dengan mengkongsikan laporan & snapshots.

Ahad, 12 November 2017

Mancing Pantai Penanjong 29 October 2017

Rod Shimano Horizon, reel Daiwa Saltis 6500HG dengan leader Lemax 40lb dan umpan potongan ikan kembura berjaya memikat ikan kurau 2.5kg. Tahniah Bro Ameng, Apik & Sharul. Mantap terima kasih mengkongsikan cerita dan snapshots nya.