Hari Ahad, Bro Edy, Bro Kadafi, Bro DD dan Bro Pyan telah menyertai cabaran memancing di kolam MGP Miri.
Tahniah diucapkan kepada Bro Edy berjaya mendapat pemenang ketiga serta hadiah ranking, Bro DD memenangi hadiah ranking dalam karnival memancing minggu lepas. Ini juga tahniah kepada Bro Kadafi serta Bro Pyan dengan semangat yang kuat menyertai cabaran ini.
Disini dikongsikan snapshots dan laporan dari Bro Edy terima kasih.
السلام عليكم dan Salam Sejahtera. Brunei Fishing Blog, Blog Memancing Brunei dengan gambar-gambar kenangan bersama keluarga dan teman-teman peminat aktibiti memancing di lokasi-lokasi Brunei Darussalam dan Negara Jiran.
...............................................
Selasa, 15 Mei 2018
Karnival Pertandingan Memancing MGP 13 May 2018
Selasa, 1 Ogos 2017
Pertandingan Memancing Kolam MGP Miri 30 July 2017
Minggu lepas 3 kumpulan yang disertai Bro Pit, disertai Bro Eggi & disertai Bro DD dari Brunei telah menyertai pertandingan memancing di kolam MGP Miri.
Seperti yang dikongsikan oleh Bro Pit, penyertaan pagi minggu adalah sangat meriah diramaikan oleh peminat-peminat kaki pancing tempatan Miri.
Kumpulan disertai Bro Pit, Bro Bidi,Bro Joe & Bro Hasim telah mendapat memasuki carta ikan terberat nombor 9,16,47 & 43. Tahniah bro semua dengan semangat yang tidak kenal erti mengalah. Mantap..
Isnin, 8 Mei 2017
Pertandingan Memancing Kolam MGP Miri 7 May 2017
Tahniah kepada Bro Bidi berjaya mendapat rangking no. 5 dan 11 di dalam pertandingan memancing kolam pada hari minggu lepas.
Sekumpulan peminat-peminat kaki pancing dari Brunei Darussalam dan lebih 500 peserta tempatan bersama-sama berjuang untuk menaikan ikan terberat dari kolam MGP. Dari jam 0830 pagi hingga tamat pertandingan 1530 petang.
Pada acara penyampaian hadiah, Bro Jali telah diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pemenang sebagai wakil ASCG Brunei.
Disini dikongsikan snapshots dari Bro Jali. Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengajur dan peserta-peserta yang berjuang di kolam MGP Miri "Kumpau Itu Biasa Strike Itu Luar Biasa".