Dari jam 9 pagi hingga 4 petang, Pantai Pengasing menjadi medan pertandingan mancing pantai yang telah disertai lebih 50 orang pemancing pantai tempatan dan WP Labuan.
Juara pertandingan dengan ikan bebatik terberat 3.33kg telah disandang oleh Bro Adeq dari WP Labuan. Tempat kedua Bro Rasid dan ketiga Liau Jinin.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta dalam pertandingan. Tahniah juga diucapkan kepada penganjur pertandingan Bro Tom.
Disini dikongsikan snapshots dari rakan-rakan mancing.
السلام عليكم dan Salam Sejahtera. Brunei Fishing Blog, Blog Memancing Brunei dengan gambar-gambar kenangan bersama keluarga dan teman-teman peminat aktibiti memancing di lokasi-lokasi Brunei Darussalam dan Negara Jiran.
...............................................
Memaparkan catatan dengan label GT Hunter Anglers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GT Hunter Anglers. Papar semua catatan
Ahad, 6 Mei 2018
Mini Game Pantai Pengasing 6 May 2018
Selasa, 27 Mac 2018
Mancing Tanjong Batu March 2018
Tanjong Batu pada bulan Mac adalah spot memancing yang ramai dikunjungi oleh kaki-kaki pancing bagi menaikkan ikan-ikan pemangsa berukuran mega.
Dimana kaki-kaki pancing berkumpul siang, malam hingga ke pagi menahan joran-joran menantikan sambaran sang ikan pemangsa.Ini juga bagi menaikkan ikan bebatik yang sangat dinantikan musimnya pada setiap tahun. Bagi kaki-kaki pancing ini adalah bagi mengisikan rekod-rekod tangkapan, terberat ataupun yang terbanyak ikan-ikan pemangsa ditumpaskan bagi tahun 2018 ini.
Teruskan perjuangan serta jangan lupa keselamatan, kebersihan semasa beraktibiti. Tahniah kepada semua kaki-kaki pancing.
Teruskan perjuangan serta jangan lupa keselamatan, kebersihan semasa beraktibiti. Tahniah kepada semua kaki-kaki pancing.
Disini dikongsikan diantara snapshots yang diperolehi dari group chat rakan-rakan kaki pancing. Mantap tahniah kepada yang berjaya menaikkan ikan-ikan pemangsa Tanjong Batu.
Isnin, 12 Mac 2018
Mancing Tanjong Batu 11 March 2018
Masta Kadafi turun 1130 tengahari menuju Kg. Sungai Besar untuk mengambil bekalan umpan udang hidup.
Dengan membawa peralatan pancing pantai, Shimano Surf Leader Rod, Shimano Twin Power 8000 Reel, mainline 20lbs Berkley, Leader 20lbs Berkley yang sesuai digunakan memancing di spot berbatu serta berombak.
Terus ke Tanjong Batu bagi meneruskan misi. Dimana Bro Sopian, Bro Juki, Bro Helmi, Bro Rashid, Bro Bob serta Bro Yus juga ada di spot dengan misi yang sama bagi menaikan ikan pemangsa mega.
Terus ke Tanjong Batu bagi meneruskan misi. Dimana Bro Sopian, Bro Juki, Bro Helmi, Bro Rashid, Bro Bob serta Bro Yus juga ada di spot dengan misi yang sama bagi menaikan ikan pemangsa mega.
Strike pertama Bro Bob dengan menaikkan ikan pari bintik 14 kg. Strike kedua dengan ikan banglos tapi matakail lepas dari mulut ikan.
Selang 2 min selepas strike ketiga, giliran rod Masta Kadafi di asak kasar dan berjaya menaikkan ikan bekalang 4.1kg.
Selang 2 min selepas strike ketiga, giliran rod Masta Kadafi di asak kasar dan berjaya menaikkan ikan bekalang 4.1kg.
Terima kasih Masta Kadafi dengan laporan serta snapshots. Tahniah kepada semua Sifu-Sifu yang berjaya menaikkan ikan-ikan pemangsa mantap.
Isnin, 11 Disember 2017
Pertandingan Memancing Pantai Penabai 10 December 2017
Dekat 200 orang peminat-peminat mancing pantai tempatan, Singapura, Indonesia & Labuan telah
menyertai Pertandingan Mancing Pantai Sempena Pesta Santai Kg. Penabai Kuala Tutong.
Setelah taklimat pertandingan serta keselamatan disampaikan oleh pihak penganjur. Pertandingan dimulakan dari 8 pagi hingga 2 petang.
Pantai Penabai menjadi medan pertarungan bagi menaikan kategori ikan terpantas dinaikan, ikan terberat ranking 1, 2 & 3. Cuaca yang mendung, ditambah lagi cabaran bagi pemancing-pemancing dengan ombak bergelora semasa pertandingan berlangsung.
Setelah tamat pertandingan, acara yang ditunggu-tunggu selain nama-nama pemenang-pemengan katogeri pertandingan memancing diumumkan, adalah cabutan nombor bertuah yang telah berlangsung meriah dengan hadiah-hadiah dari penganjur.
Pemenang-pemenang kategori ikan terpantas, ikan terberat telah disampaikan oleh Ahli Mesyuarat Negara pada majlis sebelah petang.
Tahniah kepada Bro Juki berjaya mendapat kategori ikan terpantas & ikan terberat rangking 2.
Pujian tinggi & tahniah juga kepada Bro Goh & MPK Penabai Kuala Tutong dengan berjaya mengadakan pertandingan memancing ini.
Terima kasih sumbangan snapshots semasa pertandingan yang dari peminat-peminat kaki pancing pantai.
Langgan:
Catatan (Atom)



















































