...............................................

...............................................
Memaparkan catatan dengan label Kulapis Anglers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kulapis Anglers. Papar semua catatan

Isnin, 11 Disember 2017

Pertandingan Memancing Pantai Penabai 10 December 2017

Dekat 200 orang peminat-peminat mancing pantai tempatan, Singapura, Indonesia & Labuan telah
menyertai Pertandingan Mancing Pantai Sempena Pesta Santai Kg. Penabai Kuala Tutong.



Setelah taklimat pertandingan serta keselamatan disampaikan oleh pihak penganjur. Pertandingan dimulakan dari 8 pagi hingga 2 petang.











Pantai Penabai menjadi medan pertarungan bagi menaikan kategori ikan terpantas dinaikan, ikan terberat ranking 1, 2 & 3. Cuaca yang mendung, ditambah lagi cabaran bagi pemancing-pemancing dengan ombak bergelora semasa pertandingan berlangsung.


















Setelah tamat pertandingan, acara yang ditunggu-tunggu selain nama-nama pemenang-pemengan katogeri pertandingan memancing diumumkan, adalah cabutan nombor bertuah yang telah berlangsung meriah dengan hadiah-hadiah dari penganjur.












Pemenang-pemenang kategori ikan terpantas, ikan terberat telah disampaikan oleh Ahli Mesyuarat Negara pada majlis sebelah petang.
Tahniah kepada Bro Juki berjaya mendapat kategori ikan terpantas & ikan terberat rangking 2.



Pujian tinggi & tahniah juga kepada Bro Goh & MPK Penabai Kuala Tutong dengan berjaya mengadakan pertandingan memancing ini.


Terima kasih sumbangan snapshots semasa pertandingan yang dari peminat-peminat kaki pancing pantai.

Jumaat, 17 November 2017

Lawatan Rombongan Sifu-Sifu Semenanjung 14-16 November 2017

Program lawatan sifu-sifu dari semenanjung terdiri dari Izzat, Zaini & Salim adalah seperti berikut;
14 Nov - Melawat sekitar Bandar Seri Begawan & Lokasi-lokasi Pancing Dearah Brunei Muara.
15 Nov - Memancing di Tanjong Batu, Dearah Brunei Muara.
16 Nov - Memancing di Pantai Pengasing, Dearah Tutong.
Insyallah dengan sesi lawatan ini dapat merapatkan hubungan persaudaraan serta menambah pengetahuan sesama peminat-peminat pancing pantai kedua negara.
Disini dikongsikan snapshots sifu-sifu serta laporan dari Bro Penn, Bro Jeff & Bro Mahmud. Terima kasih kepada sifu-sifu pancing pantai KEJURA, Kulapis Anglers yang terlibat menjayakan semasa sesi program lawatan ini.