...............................................

...............................................

Isnin, 24 Jun 2019

Mancing Pantai Berakas 23 June 2019

Masta Hj Kimi bersama Bro Hj Helmi pada pagi minggu kemarin turun memancing pantai dengan menaiki kenderaan 4WD di kawasan Pantai Berakas.




Mula dari jam 7 pagi joran-joran mula ditahan, sekitar jam 8.30 pagi joran Masta Hj Kimi telah disambar dengan kasar. Alhamduillah akhirnya ikan GT seberat 18kg berjaya didaratkan pada jam 1 petang, walaupun keadaan ombak pantai berarus deras serta kelelahan dari asakan dari pertarungan dengan ikan. bila mana mainline sepanjang 600m telah diheret keluar oleh ikan.











Ini juga menguji kekuatan joran Daiwa EXTRA SURF T 33-405 K 13'2" telescopic
Umpan ikan kembura segar telah digunakan pada sesi memancing ini.


Terima kasih dan tahniah kepada Masta Hj Kimi dengan mengkongsikan cerita, snapshots serta videoclip dan Bro Hj Helmi sebagai penyelamat tukang kait ikan ke pantai. Mantap.
, Reel Daiwa Emblem 6000, mainline PowerPro 30lbs, perambut DuPont 20lbs diantara peralatan pancing pantai yang digunakan.











Jumaat, 19 April 2019

Mancing Pantai Pengasing 17 April 2019

Masta Madi dari WP Labuan telah turun memancing pantai bersama Masta-Masta pancing pantai Brunei Darussalam.  Disini dikongsikan snapshots & video clip yang dikongsikan Masta Jeff mantap terima kasih.




Isnin, 15 April 2019

Mancing Pantai Jerudong 14 April 2019

Ikan bebatik berjaya didaratkan oleh Masta Madi di Pantai Jerudong pada hari minggu kemarin. Disini dikongsikan snapshot & video clip. Mantap.


Sabtu, 13 April 2019

Mancing Pantai Brunei 12 April 2019

Masta Sam terkenal sebagai pemancing pantai tegar pada Jumaat kemarin berjaya naikkan ikan-ikan di pesisiran pantai. Mantap Masta Sam & terima kasih dengan mengkongsikan snapshots nya.









Isnin, 18 Mac 2019

Mancing Pantai Sungai Liang 17 March 2019

Malam minggu hingga ke pagi sesi mancing pantai di Pantai Sungai Liang telah berjaya didaratkan ikan-ikan. Mantap terima kasih Masta Usin dengan mengkongsikan laporan dan snapshots.







Ahad, 17 Mac 2019

Mancing Pantai Jerudong 11 March 2019

Ikan pari 22.31kg berjaya didaratkan oleh Masta Bazz. Mancing bermalam bersama Masta Jeff & Masta Pit. Mantap semua terima kasih mengkongsikan cerita serta snapshots.






Isnin, 11 Mac 2019

Mancing Pantai Jerudong 9 March 2019



2 ekor ikan pari berjaya didaratkan pada malam minggu lepas di Pantai Jerudong. Tahniah serta terima kasih Masta Jeff & Masta Pit dengan mengkongsikan cerita dan snapshots nya. Mantap.